Breakeven & Lock Profit

blog forex saya - trailing stop & breakeven

Breakeven, walaupun nampak mudah tetapi jika silap cara penggunaan akan mengganggu result trading kita. Seperti yang kita tahu, price hanya respek pada s&r sahaja. Bukan sl atau tp kita. Sebab itulah setiap kali memasang sl atau tp haruslah berdasarkan s&r pada chart, bukannya mengikut nilai pips yang kita tetapkan. Market bersifat dinamik, jadi kita kena patuh pada mr. market.

Sebab itulah pemahaman tentang s&r sangat penting. Bukan hanya sebagai signal semata-mata, tetapi juga untuk membantu kita menguruskan trade yang sedang berjalan. Breakeven akan bertukar menjadi kos jika diset semasa price terlalu dekat dengan entry. Price bukannya bergerak lurus. Kadang2 ia akan shake atau bermain-main dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Sangat menyakitkan hati apabila terkena breakeven dan kemudian price bergerak menepati analisis kita.

Di sinilah masalah mula timbul apabila emosi mula mengusai diri dan kemudian terjadilah perkara biasa, tukar strategi/sistem/taktik yang tiada kesudahan. Penghujungnya tiada apa yang kita dapat dan tak tahu di mana silapnya. Perkara ini memang sentiasa terjadi terutamanya kepada mereka yang masih baru. Untuk mengukur sama ada satu-satu strategi itu menjadi atau tidak, ia haruslah diuji dalam banyak trade dan dalam semua keadaan market.

Berdasarkan pengalaman setahun jagung dalam forex, strategi terbaik bagi diri saya adalah dengan sl dan tp sahaja, tanpa ada breakeven. Saya lebih suka lock profit selepas berlakunya breakout pada s&r yang terhampir. Jika keadaan market tidak mengizinkan dan price sudah mula bertukar arah, close sahaja profit yang ada. Jangan gunakan strategi 'mengharap'.

Ini adalah contoh bagaimana strategi locking (manual trailing stop) yang saya gunakan. Sangat berkesan dalam trending market. Semoga bermanfaat!

blog forex saya - lock profit (manual trailing stop)

Read more

Trick Divergence

blog forex saya - divergence

Divergence, ingat sahaja pada momentum price. Melemah (regular divergence) atau menguat (hidden divergence).

Syarat utama:
'Bukit' atau 'lembah' pada price haruslah jelas dan bukannya mendatar. Jika keadaan price agak kurang jelas dan mendatar, abaikan sahaja divergence yang terjadi.

Ada beberapa cara untuk trade divergence sebenarnya. Tetapi dengan apa tools sekalipun, ia mesti diguna bersama dengan s&r yang telah kita tandakan pada chart. Juga pastikan anda trade dalam trend.

Bagi saya cukup dengan oscillators yang ada pada MT4. Antara kegemaran saya:

MACD
OSMA (Moving Average Of Oscillator)
Stochastic

Di sini saya akan pakai OSMA sebagai contoh. Jika anda suka dengan RSI, MOM, CCI atau lain-lain pakai sahaja mana yang anda selesa.

Cara yang paling mudah.
Katakan price semakin menghampiri s&r anda. Cuba lihat pada OSMA, selalunya akan terbentuk regular divergence. Signal awal ini menandakan momentum price semakin melemah dan potensi untuk memantul/reject s&r adalah sangat tinggi. Tunggu signal untuk entry. Gunalah apa cara yang anda suka, trendline breakout, candlestick pattern atau pun indicator.

blog forex saya - regular divergence + ppz

Cara MTF Divergence
Dengan cara ini kita dapat mengetahui lebih awal oscillator pada tf besar akan bertukar arah. Entry kita akan lebih tajam dan cepat berbanding trading dengan satu tf sahaja. Pertama sekali, tandakan s&r terlebih dahulu. Apabila price sudah menghampiri s&r dan terbentuk divergence, lihat pula pada tf kecil, adakah sudah terbentuk regular divergence? Jika ya, tunggu signal untuk entry. Seperti biasa, bila trading mtf, setkan sl berdasarkan tf kecil. Manakala tp berdasarkan tf besar.

Contoh: regular divergence di tf besar + tf kecil

blog forex saya - mtf regular divergence + ppz

Anda juga boleh gabungkan hidden divergence (tf besar) + regular divergence (tf kecil)

Apabila anda sudah memahami 'permainan' divergence ini, anda akan dapat menggabungkan semua yang saya tunjukkan di atas mengikut keadaan market. Gunakan kreativiti anda sendiri ok. Selamat mencuba!

Read more

Kombinasi Candlestick

blog forex saya - kombinasi candlestick

Pattern candlestick yang terdiri lebih dari satu boleh ‘digabung’ bersama untuk membentuk satu candlestick yang lebih jelas signalnya. Gabungan ini cukup sekadar dalam minda kita. Ada juga indicator yang boleh melaksanakan tugasan ini. Saya akan kongsikan pada masa akan datang. Insyaallah..

Gabungan candlestick ini boleh dilakukan dengan mengambil kira:

1. Open candlestick pertama
2. Close candlestick terakhir
3. High dan Low keseluruhan.

Sebagai contoh, dua candlestick dalam timeframe 30 minit boleh digabungkan untuk menjadi satu candlestick pada timeframe 1 jam. Lihat contoh di bawah:

blog forex saya - blending candlestick 1
blog forex saya - blending candlestick 2

Kombinasi candlestick dapat memberikan kelebihan dalam memahami apa yang berlaku apabila satu-satu pattern itu terbentuk.

Read more

Candlestick Pattern

blog forex saya - candlestick pattern

Saya kurang bersetuju jika ada yang mengatakan candlestick sebagai leading indicator. Sedangkan price itu sendiri dah lagging inikan pula benda lain (indicator) yang memerlukan price dalam kiraan.

Mengapa saya kata candlestick lagging?

Cuba anda bayangkan, untuk mendapatkan signal anda perlu menunggu pattern candlestick itu siap. Sedangkan price pada masa siap tersebut sudah lari beberapa pips. Namun walaupun lagging, candlestick masih agak reliable dan cepat berbanding indicator lain.

Tidak semua signal candlestick boleh diguna pakai. Yang paling penting adalah di mana pattern tersebut terbentuk. Candlestick seharusnya digunakan sebagai trigger atau pun timing untuk membuat entry. Terdapat beberapa pattern yang perlu diambil perhatian. Anda boleh merujuk di website ini, candlesticker.com untuk mengetahui high reliability pattern.

Satu cara yang paling mudah ialah dengan trading satu pattern sahaja. Pilihlah mana2 pattern yang anda suka.

Lihat contoh di bawah:
Pinbar + PPZ

blog forex saya - pinbar + ppz

Read more

Psikologi Di Sebalik Candlestick

blog forex saya - psikologi di sebalik candlestick

Ramai trader yang menggunakan candlestick dalam analisis mereka. Namun tidak semua yang memahami apa yang berlaku di sebalik candlestick itu sendiri. Menterjemah signal candlestick haruslah bermula dengan pemahaman saiz body dan shadow yang dihasilkan.

Memahami psikologi candlestick adalah lebih penting dari mengenalpasti pattern candlestick itu sendiri kerana dalam dunia trading sebenar pattern bukanlah senang untuk dikenalpasti. Tidak semuanya berbentuk sempurna seperti yang ditunjukkan dalam ebook atau pun laman web.

Body Panjang vs Pendek
Semakin panjang body candlestick, semakin kuat aktiviti membeli atau pun jualan pada masa tersebut. Sebaliknya yang berlaku jika body yang kecil dan pendek menunjukkan kurang aktiviti pada masa tersebut.

blog forex saya - big vs small candlestick

Shadow
Buyer rejection = shadow di bahagian bawah lebih panjang berbanding dengan atas.
1. Pada awalnya seller masuk dan menyebabkan price turun dan membentuk body yang panjang.
2. Kemudian semakin ramai buyer masuk menyebabkan price naik semula.

Seller rejection = shadow di bahagian atas lebih panjang berbanding dengan bawah.
1. Pada awalnya buyer masuk dan menyebabkan price naik dan membentuk body yang panjang.
2. Kemudian semakin ramai seller masuk menyebabkan price turun semula.

blog forex saya - candlestick shadow

Jika shadow sama panjang, maka buyer dan seller pada masa tersebut adalah sama kuat/lemah.

Read more

Chart Pattern

blog forex saya - chart pattern

Chart pattern dapat membantu dalam mengenalpasti sama ada price ingin berubah arah atau masih ingin meneruskan trend asal. Dengan kata lain, chart pattern dapat digunakan untuk mengukur kekuatan dan kelemahan momentum market.

Chart pattern sangat senang untuk dihafal kerana ia selalu terjadi di depan mata. Lagipun pattern yang ada tidaklah terlalu rumit. Perlu saya ingatkan bentuk pattern dalam dunia trading sebenar tidaklah setepat yang ada di dalam ebook atau laman web. Jadi jangan buang masa untuk mencari yang perfect. Kalau jumpa yang hampir2 pun dah memadai.

Berikut adalah chart pattern kegemaran saya, semoga bermanfaat.

Reversal Patterns
blog forex saya - reversal chart pattern

Continuation Patterns
blog forex saya - continuation chart pattern

Read more

Kaedah Entry MTF Naked Chart

blog forex saya - kaedah entry mtf naked chart

Saya nak kongsikan salah satu cara yang mudah untuk membuat entry. Tetapi sebelum itu anda perlu faham terlebih dahulu tentang price action. Kaedah ini memerlukan anda untuk mengenalpasti HL (bull reversal) dan LH (bear reversal). Pattern 123 ini adalah salah satu cara entry yang saya gunakan setiap hari selain dari candlestick pattern.

blog forex saya - price action entry


Dalam contoh ni saya gunakan tf H1 dan H4. Anda boleh gunakan mana2 pasangan tf yang sesuai.
- Lukis PPZ dan level target pada tf H4.
- Apabila price semakin hampir, tukarkan kepada H1.
- Signal yang kita tunggu adalah terbentuknya LH.
- Pasang sell stop, SL dan TP seperti yang saya tunjukkan dalam contoh di bawah.

Kesimpulannya:
- Tf besar = tempat melukis level
- Tf kecil = tempat mencari pattern 123

Selamat mencuba.

blog forex saya - price action entry mtf ppz

Read more